Assalamualaikum
Perancangan manusia itu usaha, perancangan Allah itu takdir...
Allah tidak pernah silap percaturan. Walaupuan kadangkala nampak salah di mata kita,suatu hari nanti kita akan faham semua takdir Allah...
Pejam celik pejam celik rupanya dah 4 bulan lebih menjadi tunangan orang. Tak sedar masa berlalu terlalu cepat. Lepas je tunang terus sibuk menguruskan hal hal untuk majlis kawen plak. Penat nak kawen ni..huhuhu..penatnya tang nak cari barang barang..Nasib majlis simple simple je..xde nak retis retis sangat..so xde pening pening nak fikir..bertambah plak duk jauh..dan takde org nak menguruskan majlis besar besar...so taknak demand2 sangat..so just cakap kat mak buat simple simple je..Semua barang barang dah settle..cuma tunggu nak fitting baju je..dan tunggu beberapa hari lagi nak balik kg..yeayyyyy!
Cerita pengalaman menguruskan hal hal kawen...next entry pulak..malas nak tulis panjang panjang..huhu..
Alhamdulillah..segala pahit manis yang telah dilalui sebelum ini akhirnya bertemu juga jodoh..berkat doa ibu ditanah suci..tak henti henti doa jodoh untuk anak dia yang ni sorang..betul la doa ibu memang mustajab..
Semoga ni la jodoh ku yang terakhir..amin
So lepas ni balik kg takde dah soalan soalan cepu emas "bila nak kawen"...hihi..
Semua yang berlaku sebelum ini ada hikmahnya...orang kata jodoh kene usaha..memang aku berusaha..dan akhirnya..jodoh itu datang sendiri..dan terbuka pintu hati ini..lagipun masa tu aku fikir dah semester akhir study..so bolehla fikirkan pasal kawen pulak..
Perjalanan tu rasa amat mudah..mungkin ini dikatakan jodoh.Pejam celik pejam celik tinggal beberapa minggu sahaja lagi majlis kami..semoga dipermudahkan segala urusan kami nanti..
Bermula kisah mata bertentang mata..cewahh!!..kami satu office..Kali pertama pandang..dalam hati "eh ensem nye dia"..tapi mungkin chinese..so just ignore je..tapi lepas tu membe cakap.."eh malay la.."..terus bukak mata...hehe..sebenarnya saya dh pandang awak dua kali masa 1st time tu..tp igtkan awak chinese..hihi..
Sebenarnya kisah bermula apabila teman teman office mengusik..lama lama menjadi pulak usikan diorg ni..mula tu rasa nak kenal kenal je..tapi lama lama ade something pulak dalam hati..Malu malu nak tegur..dua dua pun malu..so guna orang sebelah sebagai perantaraan..haha..thanks cheong!..
Disebabkan org sebelah yang sentiasa bagi semangat akhirnya berani jugak bertegur sapa..Lama lama rasa nak kenal..berkawan..tapi tak pernah bercakap tentang perasaan masing masing..
Rupanya tak bertepuk sebelah tangan..dalam pada tu kami banyak bercerita kisah silam masing masing..orang cakap kalau nak betul betul serius..mestilah jujur dengan pasangan masing masing..so aku cerita semua kisah silam dan begitu juga dia..masing masing punya cerita..pernah bercinta..putus..etc.."let bygones be bygones"..Lebih baik bertanya dari terus mengharap..berkawan tapi tak tahu apa isi hati masing masing.. Dan takut terlebih mengharap..pengalaman mengajarku supaya berhati hati dengan perasaan..tapi alhamdullillah...Lepas tu dia cakap..betul2 serius dan nak kawen...sebenarnya dia plan nak bagitahu masa birthday aku (16 Jun 2014)..2 hari lepas tu..tapi diawalkan...hehehe..
Lepas tu bermula la perancangan yang tak disangka sangka..terus bawak jumpa family masing masing.Sebab tak nak bazirkan masa..umur masing masing semakin bertambah..orang kata benda baik jangan dilengah2kan(ayat orang tua sangat..haha) ....alhamdulillah..dapat restu semua...terus tetapkan tarikh utk bertunang dan kawen..
2 mei 2015..rombongan ke terengganu..majlis bertunang...alhamdulillah semua berjalan lancar..tapi masa tu masih tak percaya dah jadi tunangan orang..sekejap sangat masa berlaluuu..begitulah kisah yang berlaku antara kami..
Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan
Benar...
Sehebat nama pun perancangan kita lebih hebat lagi perancangan Allah untuk kita..
0 comments:
Post a Comment