Buscar

List

Honeydew Trifle Recipe

Assalamualaikum..
Harini dah 12 Ramadhan..dah hampir setengah bulan berpuasa...Selamat Berpuasa semua..
^_____^

Nak share satu resepi iaitu Honeydew Trifle kat cni dan next time boleh belek kt cni aje tgk resepinya..



Bahan-bahan :
1 kek gulung(sy pkai perisa honeydew)
1 tin buah
4 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
1 kotak jeli kristal cap nona (boleh pilih nak perisa apa..tapi saya pilih honeydew)
1 tin susu cair 


tambahan..saya tambah kek apollo...kek ni manis cket..so klu nak letakkan ni kene kurangkan gula..dan air buah tu juga sebenarnya dah manis..so jangan masukkan gula terlalu banyak...ikut citarasa...



 

Cara-cara:
1. Potong kek gulung then letak lam bekas plastik kecik yg
plastik jenis clear..tekan n mampat kn..
2. Step seterusnya masukkan asing kn buah dr air nyer..air buah boleh letakkan ats kek gulung td
3. Then bancuh tepung kastard ngn gula then campur ngn susu cair dan jgn lupe masuk kn air biase mnggunakn sukatan susu tin td..(step yang ni saya tak terus masukkan 4 sudu kastard..masukkan sikit-sikit..klu rse xcukup baru tambah..then tambah air mengikut kepekatan..klu rse dah ok xyah masukkan air dah...susu cair saya hanya guna kan separuh sahaja..ikut kepekatan) masak di atas api sederhana sehingga adunan pekat dan mendidih..
4. Adunan yg sudah pekat boleh diletakkan diats kek td..kemudian  letakkan buah di atas adunan tepung kastard td..
5. Masukkan serbuk jeli kristal cap nona bersama air 400ml kemudian masakkan adunan diatas dapur sehingga jeli melarut..
6. Kemudian masukkan adunan jeli diats adunan kastard n buah-buah td..
7. Puding triflle ini dimasukkan didlm peti sejuk sebelum di makan.. 

Selamat mencuba

tadaaaaaaaa!!...ni dia hasilnya....nyummm..nyummm!..


 




0 comments:

Followers

Popular posts