Buscar

List

Persiapan perkahwinan part II : Gubahan hantaran

Alhamdullillah...selesai sudah majlis kedua dua belah pihak..baru boleh bernafas..baru ade kelapangan untuk menulis..penat sebenarnya kawen..tp alhamdullillah..semua berjalan lancar..
Duk baca baca entry yg lepas terfikir plak nak buat sambungannya..so kali ni nak cerita part hantaran..aku sebenarnya takde la kreatif sangat..tapi untuk majlis sendiri..buat buat jela kreatif..asal cantik pada pandangan mata kita...hihi..
Gubahan hantaran aku buat sesorang je..cuti seminggu awal sebelum kawen so sempatla nak gubah..untuk kedua dua belah pihak..disebabkan pihak lelaki datang dengan flight so susah nak bawak dulang2 semua..so semua buat kat terengganu..tapi barang barang semua beli kat nilai..banyak pilihan..
Hantaran untuk lelaki
1-Cincin

2- Perfume

3- Kamera

4- Kasut

5- Set wallet
6- Set Kemeja 

7- Al-Quran digital



Hantaran untuk perempuan



1- Gelang

2- cek & mas kawen
(Frame + album)

3- alquran,telekung & sejadah

4- kasut & handbag

5- perfume


Simpleeee...hihi..siapkan hantaran dalam masa dua hari..main letak2 je bunga..


Persiapan perkahwinan part l


Assalamualaikum

Pantasnya masa berlalu..sedar sedar membe ucap tahniah..dipermudahkan urusan kawen..etc..eh nk kawen dah..igtkan lambat lagi..tinggal seminggu lebih je lagi..nervous pulak rasa..bersedia kah aku..untuk memikul tanggungjawab sebagai istri...inshaallah saya akan jadi istri yang solehah..

Cerita pengalaman menguruskan hal hal kawen..memang macam macam..lepas je tunang..blur..tak tahu nak buat apa dulu..hahaha..lepas tu mintak tlg cik google..carikan 'wedding checklist' ..so dapatla guide cket2 apa yang perlu dibuat..Nanti sy listkan apa yang perlu dibuat dalam next entry ye..ataupun just google..banyak contoh wedding checklist..dalam entry ni nak cerita sedikit sebanyak persiapan untuk majlis kawen saya.. :)..Dah dapat checklist, kami plan la apa perlu dibuat..

Tarikh dah tetap..so bolehla tempah kad kawen

1st kursus kawen(yang ni takde expired date)..So boleh buat awal awal. Nasib dah buat mude mude dulu dan masih valid..tgu cik tunang je buat..ingatkan nak teman dia pergi kursus..so kursus kali ke 2 la maknanya..tapi disebabkan harga dah naik so dia cakap tak payahla..nanti nak pakai duit untuk kawen..ok..memang nak kawen kene pakai banyak duit..so sapa sapa yang plan  nak kawen baik simpan duit awal awal..patutnya tak plan pun memang dah kene simpan duit awal awal..macam makcik ni memang xplan nak kawen pun sebab baru je lepas grad..so tak sempat nak bernafas..tak sempat nak menyimpan..jodoh tetiba datang..so teruskan je..sebab tu la setiap perbelanjaan diambil kira..huhu..

Test hiv pun kene tunggu 3 bulan sebelum. Borang dia boleh download je kat internet. So isi siap siap terus je bawak pergi klinik.. Sesetengah klinik ade sediakan borang tu tapi untuk selamat baik download dan isi siap siap. Borang hiv test tak sure kene ikut negeri ke tak tapi membe membe aku semua pakai yang negeri terengganu punya. Yang ni pun boleh download je.

Part borang kawen..yang ni boleh buat 3 bulan sebelum tarikh nikah..so yang ni kami take note..3 bulan sebelum..belah laki nasib siap dalam masa sehari je settle..tapi kene bawak saksi 2 orang..so next day dh boleh ambik surat kebenaran..lepas tu belah perempuan pulak.. igtkan complicated..sebab dengar membe cakap susah..lepas tu suruh settle awal awal..tapi alhamdullillah..semua dipermudahkan..walaupun aku ngn ibu ku je yg pergi settle kan borang..memang ibuku la yang selalu teman pergi memana kalau balik terengganu..(touching pulak bila ingat jasa jasa ibuku )..
Seminggu selepas hantar borang di pejabat agama..dah lulus dah..lepas tu part abang plak berurusan dengan tok kadi..alhamdullillah..dah settle part borang semua..

Next part booking2 pulak..sibukla duk mengusha ngusha butik butik jurukamera semua..sebelum jumpa yang final butik ni..dah banyak dah butik kami pergi..start dengan rins suzana, MA Wedding gallery sampai la akhirnya suehashim...penat jugak pergi satu satu butik..sampai dah byar deposit pastu cancel balik pun ada..nasib dapat ganti dengan photobooth..kalau tak memang burn deposit..yang belah trg punya just booking melalui fb aje..lepas tu baru pergi butik pilih pelamin etc..so settle bab pelamin..bab pelamin memang pilih yang simple je..bersesuaian dengan budget..huhu..pelamin tak kisah asal photographer profesional..hahaha..semua boleh jadi cantik..pening jugak nak memilih yang mana..so akhirnya belah trg kami pilih syuqbridal dan belah kl suehashim.

Untuk photographer just cari cari ikut fesbuk je..then contact..berkenan terus bayar booking..untuk cari photographer kene tengok hasil kerja dia..lepas tu tengok apa yang ada dalam pakej..pastikan berbaloi baloi..hihi..saat saat indah datang sekali je..dan need to capture it..hehe..so photographer yang kami pilih budakli( recommend daripada kawan),sweetpictures & videographer dang sa...

Part pelamin photograher tu aku rasa kene book awal awal..tapi pastikan cari yang betul2 puashati. Bayar deposit booking dulu pun takpe..tentang design pelamin baju kemudian pun boleh pilih..biasanya butik ni setiap bulan dia akan keluarkan baju baru dan design pelamin yang baru.So dont worry tentang tu..yang pasti kene booking untuk date awal awal.

Continue part II.....

Begitu rupanya



Assalamualaikum

Perancangan manusia itu usaha, perancangan Allah itu takdir...
Allah tidak pernah silap percaturan. Walaupuan kadangkala nampak salah di mata kita,suatu hari nanti kita akan faham semua takdir Allah...

Pejam celik pejam celik rupanya dah 4 bulan lebih menjadi tunangan orang. Tak sedar masa berlalu terlalu cepat. Lepas je tunang terus sibuk menguruskan hal hal untuk majlis kawen plak. Penat nak kawen ni..huhuhu..penatnya tang nak cari barang barang..Nasib majlis simple simple je..xde nak retis retis sangat..so xde pening pening nak fikir..bertambah plak duk jauh..dan takde org nak menguruskan majlis besar besar...so taknak demand2 sangat..so just cakap kat mak buat simple simple je..Semua barang barang dah settle..cuma tunggu nak fitting baju je..dan tunggu beberapa hari lagi nak balik kg..yeayyyyy!

Cerita pengalaman menguruskan hal hal kawen...next entry pulak..malas nak tulis panjang panjang..huhu..

Alhamdulillah..segala pahit manis yang telah dilalui sebelum ini akhirnya bertemu juga jodoh..berkat doa ibu ditanah suci..tak henti henti doa jodoh untuk anak dia yang ni sorang..betul la doa ibu memang mustajab..

Semoga ni la jodoh ku yang terakhir..amin
So lepas ni balik kg takde dah soalan soalan cepu emas "bila nak kawen"...hihi..

Semua yang berlaku sebelum ini ada hikmahnya...orang kata jodoh kene usaha..memang aku berusaha..dan akhirnya..jodoh itu datang sendiri..dan terbuka pintu hati ini..lagipun masa tu aku fikir dah semester akhir study..so bolehla fikirkan pasal kawen pulak..

Perjalanan tu rasa amat mudah..mungkin ini dikatakan jodoh.Pejam celik pejam celik tinggal beberapa minggu sahaja lagi majlis kami..semoga dipermudahkan segala urusan kami nanti..

Bermula kisah mata bertentang mata..cewahh!!..kami satu office..Kali pertama pandang..dalam hati "eh ensem nye dia"..tapi mungkin chinese..so just ignore je..tapi lepas tu membe cakap.."eh malay la.."..terus bukak mata...hehe..sebenarnya saya dh pandang awak dua kali masa 1st time tu..tp igtkan awak chinese..hihi..

Sebenarnya kisah bermula apabila teman teman office mengusik..lama lama menjadi pulak usikan diorg ni..mula tu rasa nak kenal kenal je..tapi lama lama ade something pulak dalam hati..Malu malu nak tegur..dua dua pun malu..so guna orang sebelah sebagai perantaraan..haha..thanks cheong!..
Disebabkan org sebelah yang sentiasa bagi semangat akhirnya berani jugak bertegur sapa..Lama lama rasa nak kenal..berkawan..tapi tak pernah bercakap tentang perasaan masing masing..

Rupanya tak bertepuk sebelah tangan..dalam pada tu kami banyak bercerita kisah silam masing masing..orang cakap kalau nak betul  betul serius..mestilah jujur dengan pasangan masing masing..so aku cerita semua kisah silam dan begitu juga dia..masing masing punya cerita..pernah bercinta..putus..etc.."let bygones be bygones"..Lebih baik bertanya dari terus mengharap..berkawan tapi tak tahu apa isi hati masing masing.. Dan takut terlebih mengharap..pengalaman mengajarku supaya berhati hati dengan perasaan..tapi alhamdullillah...Lepas tu dia cakap..betul2 serius dan nak kawen...sebenarnya dia plan nak bagitahu masa birthday aku (16 Jun 2014)..2 hari lepas tu..tapi diawalkan...hehehe..

Lepas tu bermula la perancangan yang tak disangka sangka..terus bawak jumpa family masing masing.Sebab tak nak bazirkan masa..umur masing masing semakin bertambah..orang kata benda baik jangan dilengah2kan(ayat orang tua sangat..haha) ....alhamdulillah..dapat restu semua...terus tetapkan tarikh utk bertunang dan kawen..

2 mei 2015..rombongan ke terengganu..majlis bertunang...alhamdulillah semua berjalan lancar..tapi masa tu  masih tak percaya dah jadi tunangan orang..sekejap sangat masa berlaluuu..begitulah kisah yang berlaku antara kami..

Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan
Benar...
Sehebat nama pun perancangan kita lebih hebat lagi perancangan Allah untuk kita..



Fiske Restaurant



Assalamualaikum

Bangun pagi gosok gigi (teringat time sekolah tadika dulu..lagu wajib) mandi iron baju siap siap pergi kerja. Itula rutin harian seorang wanita yang berkerjaya..cewahh!bekerjaya sangat kan..itulah rutin harian aku..lepas tu pilih kasut mana nak pakai..yg pasti biar match..gittuuu..hehe..jalan kaki pergi lrt..masuk je tren terus bukak phone..yang ni bukan rutin aku sorang je..mostly semua cenggituu..sambil tgk phone muke stress je memasing..haha..aku pun duk belek2 la apa yang best sgt dalam fon aku ni..xde apa pun just wasap2 group je xabis2 membuatkan phone aku bergetar2..baca2 then boring bukak pulak fb...duk scroll2 terbaca la membe aku share "9 Restoran 'Western' Halal Yang Anda Mesti Kunjung Sekitar KL Dan Selangor"..ok bookmark dulu..
Lepas tu share kt cik tunang.."ok jom!" ..lupakan kejap pasal diet..hikhik..so paling dekat dengan rumah kitorang fiske...dah lama plan nak g fiske ni tapi tak sampai sampai..bila sampai je kedai selalu tutup..selalu salah timing...rupanya kedai dia tutup hari isnin..so monday jangan pergi ye.."CLOSED MONDAY" ..
Harini balik awal..cik tunang pening kepala..so dinner malam ni kt area2 rumah je..Fiske...nama tak melambangkan kedai western pun..kalau tak tahu memang ingat kedai biase je..tapi seriously dia punya western sedappp sangattt...
Setiap kali pergi western mesti aku nak order lamb or beef..so kali ni nak rasa lamb kt sini pulak. So aku order special lamb and ciktunang breaded chicken chop and chicken soup...semua sedappppp! Harga pun tak mahal..berbaloi baloi..




Special lamb 
dalam mangkuk tu spaggetti + mushroom soup (best gilee)

Chicken soup



breaded chicken chop


Seluruh cinta


Menatap kepergian dirimu
Meratap menangis sedih tak tertahan
Terbayang saat bersama
Lewati masa terindah
Saat kau memelukku tuturkan cinta

Kaulah seluruh cinta bagiku
Yang selalu menenteramkan perasaanku

Diri mu kan selalu ada disisi ku selamanya

Kau bagaikan nafas di tubuh ku
Yang sanggup menghidupkan segala gerakku
Ku kan selalu memujamu
Hingga nanti kitakan bersama

Tak sanggup ku memikirnya lagi
Habis separuh nyawaku tangisimu

Tiada lagi bait terindah
Terdengar merdu terucap
Merayu menyanjungku
Tenangkan jiwa

Kaulah seluruh cinta bagiku
Yang selalu menenteramkan perasaanku
Dirimu kan selalu ada disisiku selamanya

Kau bagaikan nafas di tubuh ku
Yang sanggup menghidupkan segala gerakku
Ku kan selalu memujamu
Hingga nanti kitakan bersama

Tiada cinta yang setulus cintamu
Tiada yang sanggup gantikan dirimu

Tiada rasa seindah kasihmu
Tiada yang mampu temani diriku ohhh...

Kaulah seluruh cinta bagiku
Yang selalu menenteramkan perasaanku

Dirimu kan selalu ada disisi ku selamanya ohhh

Kau bagaikan nafas di tubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerakku
Ku kan selalu memujamu
Hingga nanti kitakan bersama

Kau bagaikan nafas di tubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerakku
Ku kan selalu memujamu
Hingga nanti kitakan bersama

Ku kan selalu memujamu
Hingga nanti kitakan bersama

Life is all about choices


Followers

Popular posts